Sunday, March 12, 2006

Dato' Haji Tan Ahmad Bin Muhamad Zain

Pendahuluan

Tokoh ulama ini ialah adik bongsu kepada Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain juga dikenali Tuan Muhamadiah Kiai yang telah kita paparkan sebelum ini. Allahyarham memang bertuah kerana dilahirkan dalam rumah tangga orang-orang alim. Datuknya Haji Muhamad Sholleh Bin Haji Chek Mahmud adalah penghafaz Al Quran yang alim dan pernah tinggal di Mekah Al Mukarramah selama 20 tahun. Asuhan awal dari keluarganya ini telah berjaya membentuk jiwanya dengan keperibadian luhur dan mulia.
Latar Belakang
Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu dalam bulan November 1921 Nama penuhnya ialah Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah China Islam berasal dari Kuantung, China. Ibu Haji Tan Ahmad bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera. Kebanyakan mereka adalah tokoh agama kampung yang dipercayai. Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Abangnya Lebai Muhammadiah anak yang keempat bergelar "Pak Teh" oleh anak-anak saudaranya. Kampung Jerang yang bertuah melahirkan tokoh-tokoh agama ini terletak lebih kurang 3 Km dari Durian Tipus.
Durian Tipus sebelum ini adalah sebuah pekan yang agak sibuk dan didominasikan oleh Kaum China kerana terdapat kawasan penempatan Kampung Baru China di sini sewaktu dharurat dahulu. Tetapi selepas terjadi kebakaran besar akhir tahun 1970an, pekan ini telah dikosongkan dan sebuah pekan baru diwujudkan di Simpang Durian kira-kira 2 KM dari tapak asal.
Pendidikan
Haji Tan Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tipus sehingga Darjah 5. Dalam tempoh tersebut, beliau turut belajar agama di bawah asuhan abangnya Allahyarham Lebai Muhammadiah. Pelajaran agama yang diajarkan ialah seperti Tauhid, Feqah dan Nahu saraf Bahasa Arab. Abangnya itu murid kanan kepada Tuan Sheikh Muhamad Said Jamalludin Al Linggi. Selepas itu, dalam usia yang begitu muda iaitu dalam tahun 1929 beliau telah didorong oleh abangnya supaya belajar agama secara memondok di Pondok Gajah Mati, Kedah selama 5 tahun. Tuan Guru pondoknya bernama Wan Ibrahim atau dikenali juga dengan nama Pak Cu Him. Allahyarham Haji Tan Ahmad diberi pentarbiahan secara langsung dalam ilmu agama serta mendalami beberapa bidang lain seperti Tafsir dan hadith.
Lepas itu, beliau meneruskan pengajian di Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam selama 5 tahun pula di bawah asuhan Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang. Di sini, beliau sempat belajar ilmu Mantik, Bayan, Ma'ani, Usul Feqah dan lain-lain lagi. Kemudian beliau dibenarkan oleh gurunya untuk mengajar di pondok ini.
Kelantan
Allahyarham Haji Tan Ahmad terdorong pula untuk ke Kelantan untuk menimba ilmu dari Serambi Mekah itu. Selain Kedah, Kelantan adalah pusat pengajian pondok yang tersohor di rantau ini. Di sana pondok-pondok pengajian Islam tubuh dengan subur dan beribu penuntut dari berbagai negeri hingga dari Indo China datang untuk menimba ilmu. Bumi yang subur itu banyak melahirkan para ulama yang besar. Beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Kangkung dan sempat belajar beberapa kitab utama dari Tuan Guru yang terkenal ini. Pada 12 Mei 1941, Haji Tan Ahmad mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Negeri kelantan untuk mengajar agama. Dalam pada itu, beliau masih meluangkan masanya untuk mengaji di Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. Di sini beliau belajar ilmu Faraid dan lain-lain lagi. Kemudian diberi kebenaran mengajar di pondok tersebut.
Berkahwin
Allahyarham Haji Tan Ahmad menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan Rahmah binti Nung Hussien pada 24 Julai 1943. Beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata di mana enam darinya adalah lelaki. Seorang anaknya bernama Haji Zulkarnain Haji Ahmad adalah sahabat penyusun yang pernah bertugas sebagai Pengurus di Bank Pertanian Malaysia. Beliau telah bersara dan menetap di Taman Jasa, Batu Caves, Selangor.
Balik Kampung
Selepas perang tamat dalam Tahun 1946, Allahyarham Haji Tan Ahmad telah balik ke kampung halamannya. Kepulangan beliau memeriahkan lagi suasana pengajian agama di sana kerana beliau dan abangnya menjadi tempat rujukan penduduk setempat. Abangnya sendiri telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad mendapat tauliah mengajar agama dan membuka pondok di Masjid Kuala Jerang. Malangnya pondok tersebut terhenti apabila negara diisytiharkan dharurat dalam tahun 1948. Kawasan Durian Tipus adalah dianggap kawasan hitam kerana kewujudan perkampungan China di sana yang memudahkan golongan subersif seperti kominis untuk bermaharajalela. Haji Tan Ahmad pernah dilantik menjadi ketua kampung masa dharurat dan penduduk kampung pernah dikerah memasang pagar kawat duri bagi mengawal pergerakan kominis.
Dilantik Sebagai Qadhi
Pada 1 April 1956, Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu telah melantik Haji Tan Ahmad sebagai Qadhi bagi Wilayah Durian Tipus. Peringkat awalnya, rumah beliau telah dijadikan pejabat urusan keagamaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun 7 bulan dan 29 hari. Bersara pada 30 November 1976. Haji Tan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri berkuatkuasa pada 1 Junuari 1982 hingga akhir hayatnya.
Dalam tempoh hayatnya, Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad sangat aktif mengajar agama di Masjid dan surau-surau sekitar Durian Tipus. Antaranya seperti Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh dan Masjid Kampung Lakai. Kebiasaannya beliau mengajar ilmu Tasawuf, Tafsir dan Feqah.
Meninggal Dunia
Setelah menginfakkan sebahagian besar usia hidupnya kepada agama dan menjadi tempat rujukan yang disegani, Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin pergi menyahut panggilan Illahi pada 24 Oktober 1995 bersamaan lebih kurang tahun 1416 hijrah, jam 12.37 tengahari di Hospital Besar Seremban. Kebetulan pula saat itu ialah berlakunya gerhana matahari. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jerang. Bagi mengenang jasa beliau dalam bidang agama dan penglibatan dalam masyarakat maka Kerajaan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 19 Julai 1974 dan gelaran Dato' pada 19 Julai 1991. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas ruhnya. Amin.
..................................
(Translation)

Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain was born in Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu in November 1921. His full name was Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. He was a Chinese Muslim, originating from Kuantung, China. His mother, Haliah binti Muhamad Sholleh originated from Pagar Ruyung, Sumatera.
.
The majority of religious scholars from the village are of the view that Haji Tan Ahmad was the youngest of six, consisting of three boys and three girls.Haji Tan Ahmad acquired his early education at ´Sekolah Rendah Durian Tipus´ right up to Standard 5. During that period of time, he studied Islam under the guidance of Lebai Muhammadiah(his brother). Subjects taught were Tawheed, Fiqh and Arabic Language and grammar. His brother was a senior student of Sheikh Muhamad Said Jamalludin Al-Linggi.
.
In the year 1929, he was encouraged by his brother to study Islam at ´Pondok Gajah Mati, Kedah for five years. The principle at the ´pondok´ (a religious school often with accommodation in the village) was Wan Ibrahim, who was also known as Pak Cu Him. Haji Tan Ahmad was educated in Islamic knowledge nas was well versed in ´Tafsir´ and ´Ahadith´.He then continued his education at Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam for five years under the tutorship of Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang. It was here that he studied Philosophy (Mantik), Discourse (Bayan), Ma´ani, Fiqh etc. Later he was allowed by his teacher to teach at this pondok.
.
Haji Tan Ahmad was motivated to go to Kelantan to acquire knowledge from that religious state. Apart from Kedah, Kelantan was a centre, renowned Islamic studies in the region. Over there Islamic education centres thrived with thousands of students from many states, including Indochina, came to acquire knowledge.This blessed land produced many great scholars. Haji Tan Ahmad studied under Tuan Guru Haji Saad Kangkung and was able to study several major books. On 12 May, 1941, Haji Tan Ahmad, acquired permission to write the Majlis Agama Islam Negeri Kelantan to teach Islam. At the same time, he was able to spend time study at Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. It was here that he studied Fara´id (the Division of Inheritance) etc. He was also given permission to teach at this pondok.
.
Haji Tan Ahmad ended his bachelor days when he was destined to marry Rahmah binti Nung Hussien on 24 Julai 1943. He was blessed with 10 children, with 6 out of them being sons.When the war ended in 1946, Haji Tan Ahmad returned to his village. His return was received with joy, because both he and his brother once again became a source of reference to the community. His brother was appointed a member of the Shari´ah Council of Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad in turn was granted official permission to teach Islam and to open a school of his own at Masjid Kuala Jerang. It is indeed regrettable that all activities there had to be halted with the declaration of emergency in 1948.
.
The area of Durian Tipus was consider a ´black area´ because there existed Chinese villages, which permitted subversive groups such as the communists to operate freely. Haji Tan Ahmad who was appointed the village headman during the state of emergency was ordered together with the villagers to install barbed wire fencing to contain the movements of the communist.
.
On the 1 April, 1956, the government of Negeri Sembilan appointed Haji Tan Ahmad as a Kadi (Islamic Judge) for the of Durian Tipus. At the beginning his house because his office. He held on to the appointment for 20 years, 7 months, and 29 days. He retired on 30 November, 1976. He was later appointed as a member of the Shari´ah Committee, Majlis Agama Islam Negeri, as from the 1 January, 1982 right up to his demise.
.
During his lifetime, Dato´ Haji Tan Ahmad was very active teach Islam at mosques and praying halls around Durian Tipus. These included Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh and Masjid Kampung Lakai. His wisdom in teaching the Spirituality of Islam (Tasauwwuf), Tafsir dan Fiqh was well known. In honouring him for his services the government of Negeri Sembilan bestowed upon him the Pingat Jasa Kebaktian (PJK) on 19 July 1974 and later with the title of Dato´ on 19 July 1991.Having spent a major part of his life serving Islam and as a source of reference, respected by many, Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin returned to his Lord and was buried on 24 October, 1995 (1416 Hijrah).

5 Comments:

Blogger afdhal said...

saya diberitau oleh anak ulama ini bahawa ayahnya semasa akhir hidup ada berpesan kepada anak-anak cucunya sesuatu yang perlu dihormati. Beliau menunjukkan keratan akhbar yg mempunyai wajah seorang ulama bergelar tuan guru.. katanya "jangan jadikan tempat makanan kucing" ( bermaksud: akhbar yg ada gambar ulama itu jgn dijadikan alas makanan kucing)untuk menghormatinya. siapa tuan guru itu? itulah TG Nik abd aziz..

saya tidak bermaksud untuk mendewakan tuan guru itu tetapi kesholehan yang ada pada Dato' Tan ahmad sehingga beliau mampu melihat 'pandangan dalam' terhadap seseorang.

2:46 AM  
Blogger Anak Solomak Pahang said...

Biodata Lebai Muhamadiah: http://ulamakito.blogdrives.com/archive/4.html

1:03 AM  
Blogger Anak Solomak Pahang said...

http://ulamakito.blogdrives.com/archive/4.html

1:04 AM  
Blogger Anak Solomak Pahang said...

This comment has been removed by the author.

1:05 AM  
Blogger Anak Solomak Pahang said...

http://ulamakito.blogdrives.com/

6:24 PM  

Post a Comment

<< Home